Bimbang unsur syubhah, Sufian Suhaimi sanggup asingkan duit menyanyi: 'Nak bagi makan anak bini pun tak pakai duit tu...'

19 Jun 2026 • 12:31 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Bimbang unsur syubhah, Sufian Suhaimi sanggup asingkan duit menyanyi: 'Nak bagi makan anak bini pun tak pakai duit tu...'

BERCAKAP soal keberkatan rezeki, setiap orang pastinya mempunyai cara tersendiri untuk memastikan apa yang diperoleh menjadi asbab kebaikan dalam hidup.

Bagi penyanyi popular Sufian Suhaimi, dia memilih langkah yang cukup drastik dan berhati-hati apabila sanggup mengasingkan sepenuhnya pendapatan daripada kerjaya seni kerana bimbang terselit unsur syubhah.

Mengakui cabaran dalam dunia hiburan membuatkannya lebih peka, pelantun lagu Di Matamu ini tidak mahu mengambil mudah hal berkaitan aliran tunai demi menjaga ketenteraman jiwa serta maruah keluarga tercinta.

Berkongsi cerita mendalam menerusi audio siar YouCast, Sufian mendedahkan bahawa dia mempunyai formula sendiri dalam membahagikan duit hasil titik peluhnya agar tidak bercampur aduk dengan aliran tunai perniagaan yang diusahakannya.

"Saya asing, tak sekalikan. Saya rasa begitu (syubhah). Duit dari hasil muzik saya tak pernah campur dengan bisnes Baby Pian.

"Saya takut kalau saya gunakan untuk kehidupan nanti tak berkat," ujarnya jujur.

Image from: Bimbang unsur syubhah, Sufian Suhaimi sanggup asingkan duit menyanyi: 'Nak bagi makan anak bini pun tak pakai duit tu...'

Nafkah bersih dan diredai

Prinsip hidup yang dipegang erat oleh penyanyi berusia 33 tahun itu membuktikan bahawa dia tidak mahu mengambil mudah tentang apa sahaja yang menjadi darah daging.

Jelasnya lagi, pendapatan daripada kerjaya nyanyian langsung tidak disentuh untuk modal perniagaan, sebaliknya diperuntukkan khusus bagi membiayai hobi, gaya hidup, serta barangan teknikal studio miliknya sahaja.

Image from: Bimbang unsur syubhah, Sufian Suhaimi sanggup asingkan duit menyanyi: 'Nak bagi makan anak bini pun tak pakai duit tu...'

"Guna untuk benda-benda tak berkaitan dengan sesuatu yang akan masuk ke dalam badan. Saya guna untuk barang-barang di studio, nak pergi bercuti, tengok wayang dan beli gadget.

"Nak bagi makan anak bini saya tak pakai duit menyanyi. Kahwin pun tak pakai duit menyanyi," tambahnya lagi.

Ungkap suami kesayangan Rania Al Sadat yang mahu memastikan nafkah buat keluarganya pada masa depannya nanti benar-benar bersih dan diredai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved