BIMS 2025: Hyundai Ioniq 5 N Line Facelift Didedah, Hanya 1 Varian, Lepas Ini Masuk M'sia?

LocalCars
26 Mar 2025 • 9:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hyundai juga turut mengambil kesempatan untuk melancarkan Hyundai Ioniq 5 versi facelift pada Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025), baru-baru ini,

Untuk pasaran Thailand, crossover elektrik ini cuma hadir dalam satu varian iaitu varian N Line yang mana ia menampilkan pelbagai menampilkan komponen dan elemen kosmetik khas N Line.

image is not availableimage is not available

Menjengah luarannya, ia didatangkan dengan bampar hadapan yang direka semula dengan saluran udara lebih besar manakala reka bentuk bampar belakang juga serba baharu. Selain itu, spoiler belakang juga kelihatan lebih besar.

Apa yang membezakan Ioniq 5 facelift daripada model sebelumnya ialah N Line hadir dengan bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty, ada skirt sisi, tertera perkataan N Line, serta rim aloi 20 inci khas N Line.

image is not availableimage is not available

Sentuhan N Line turut diterapkan pada bahagian dalaman, di mana Ioniq 5 spesifikasi Thailand ini dilengkapi dengan stereng N Line yang menyerupai model Ioniq 5 N, tempat duduk hadapan dibaluti dengan material Alcantara dengan logo N.

image is not available

Menurut laman web rasmi Hyundai Thailand, Ioniq 5 N Line dikuasakan oleh motor elektrik pacu roda belakang (RWD) dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 225 hp dan tork 350 Nm.

Ini membolehkannya ia mencapai pecutan dari 0-100 km/j dalam 7.2 saat, manakala kelajuan maksimum pula 185 km/j.

Motor elektrik yang menerima tenaga daripada pek bateri lithium-ion 84 kWh, membolehkan ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 530 km berdasarkan standard WLTP.

Dari segi pengecasan, Ioniq 5 N Line facelift menyokong pengecasan AC sehingga 10.5 kW, manakala pengecasan DC pula hadir dengan 350 kW.

image is not available

Difahamkan, baterinya boleh dicas dari 10% ke 80% hanya dalam hanya 18 minit.

Di Thailand, Hyundai Ioniq 5 N Line facelift dijual pada harga 1.988 juta bhat (RM259,961).

Sebagai perbandingan, Ioniq 5 pra-facelift di Malaysia kini ditawarkan pada harga RM207,458 untuk varian Lite, manakala varian tertinggi Max dijual pada harga RM270,058.

Buat masa ini, Hyundai Malaysia masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk membawa masuk Ioniq 5 facelift ke pasaran tempatan.

image is not available

Model Hyundai terakhir yang dipratonton di Malaysia ialah Ioniq 5 N yang berprestasi tinggi, dan berkemungkinan akan memasuki pasaran lebih awal berbanding versi facelift standardnya.