Bina Kehidupan Baru, Eda Ezrin Kongsi Foto Bahagia Bersama Anak & Suami

LocalEntertainment
16 Aug 2025 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak pulang selepas menjalani tahanan selama lebih sembilan bulan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand, penyanyi asal Kelantan, Eda Ezrin mula melangkah membina kehidupannya semula.

Bahagia bersama suami dan anak anak

Menerusi Instagram, pelantun lagu Bea Soba Bea itu dilihat berkongsi kehidupan bahagianya kini dengan memuat naik gambar bersama suami dan anaknya.

Hantaran dikongsikan di Instagram story itu merupakan perkongsian pertama Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 33, sejak pulang ke pangkuan keluarga.

image is not available

Menerusi Instagram story yang lain, Eda dilihat meluangkan masa bersama seorang lagi anaknya melakuan aktiviti anjuran pihak sekolah.

Meskipun begitu, tiada gambar terkini dikongsikan Eda Ezrin di Instagram dan hantaran terakhirnya ialah pada 17 Oktober 2024 iaitu sebelum dia menjalani tahanan penjara.

Terdahulu, media melaporkan Eda Ezrin dan suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat.

image is not available 2025-08-11 13:55:22

2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Hingga Masuk Penjara Di Thailand Kini Diburu Polis Kelantan