Bina Surau Cantik & Selesa Untuk Pekerja Muslim, Majikan Non-Muslim Ini Dipuji Netizen

Entertainment
12 Feb 2025 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memiliki majikan yang mengambil berat tentang kebajikan pekerja merupakan satu rahmat. Sebagai pekerja Muslim, ruangan solat yang selesa amat diperlukan dalam sesebuah pejabat untuk mereka menunaikan Rukun Islam yang kedua.

Memahami situasi itu, seorang ahli perniagaan terkenal yang juga pengasas jenama kasut dan beg tangan popular, Christy Ng meraih pujian ramai apabila menyediakan surau selesa buat staf yang beragama Islam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Christy di media sosialnya, dia berkongsi perjalanan mengubah suai ruang kosong dalam pejabatnya kepada sebuah surau yang cantik dan selesa.

Menurut Christy, sebelum ini dia ada menyediakan ruangan solat untuk pekerja Muslim namun ruangan yang kecil itu tidak dapat menampung apabila pekerjanya semakin bertambah.

“Hari ini hari yang sangat bermakna untuk semua staf yang beragama Islam, surau yang kita nanti-nantikan sudah siap. Christy mengambil masa lebih lama untuk siapkan surau ini sebab saya nak buat yang terbaik.

“Sebelum ini, semua staf beragama Islam mereka solat dalam bilik kosong ini tapi bilik ni semakin sempit apabila staf bertambah. Sampaikan ada yang menunggu giliran, tak sampai hati tengok mereka berhimpit,” ujarya.

Lebih menarik lagi, konsep dan reka bentuk ruangan solat berkenaan direka sendiri oleh staf Christy Ng.

Bukan itu sahaja, Christy juga menyediakan keperluan solat seperti jubah, sejadah dan telekung.

“Ini yang dipanggil ‘Company Benefits'”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin Christy yang peka terhadap keperluan pekerjanya walaupun berlainan agama.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, netizen juga memuji rekaan surau yang dipaparkan seperti surau-surau di pusat membeli-belah.

Macam ni, barulah pekerja rasa bersemangat kan!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.