Binaan ECRL Hempap Kereta Awam, MRL Mohon Maaf

LocalCars
19 Nov 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) memohon maaf ekoran insiden struktur sementara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghempap sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berdekatan Plaza Tol Gombak, Selangor semalam.

Untuk itu, semua kerja pembinaan dihentikan serta-merta bagi melindungi keselamatan orang awam 

"MRL mengambil maklum insiden melibatkan struktur sementara "temporary steel canopy" di Jalan MRR2 FT28 arah Batu Caves. Berdasarkan maklumat semasa, pemandu kenderaan yang terlibat berada dalam keadaan selamat.

"Sehubungan itu, pihak ECRL akan memberikan bantuan kewangan segera kepada pemilik kenderaan yang terlibat bagi meringankan beban yang ditanggung, sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa dan proses tuntutan yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seorang pemandu wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya dihempap tiang perancah projek pembinaan projek ECRL di MRR2 Batu Caves berdekatan tol Gombak, di sini, semalam.

Menurut MRL, struktur sementara yang digunakan bagi kerja-kerja Road Under Bridge (RUB) #16 telah dilaporkan mengalami kegagalan dan menimpa sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift pada kira-kira jam 2 petang.

image is not available

Untuk makluman, struktur sementara "temporary steel canopy" tersebut dibina bagi menghalang serpihan pembinaan daripada jatuh ke laluan jalan raya dan memudahkan pelaksanaan kerja-kerja RUB #16.