Bing Chat Mula Memaparkan Iklan – Akan Berkongsi Pendapatan Dengan Pemilik Kandungan Yang Dipaparkan

TechnologyDigital
30 Mar 2023 • 9:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bing sedia memperluaskan penawaran enjin carian mereka dengan memperkenalkan Bing Chat yang dijana dengan GPT-4, dan memaparkan kandungan dan hasil carian kepada pengguna melalui bentuk perbualan.

Ia menggunakan teknologi sama seperti ChatGPT, tetapi ditambah-baik dengan penyertaan data dan kandungan yang diindeks oleh enjin carian Bing.

Terbaru, seperti penawaran enjin carian yang lain, Bing turut akan mula memaparkan pengiklanan pada hasil sembang melalui Bing Chat.

image is not available

Dan dalam usaha menjaga para penerbit dan pemilik kandungan di sesuatu web yang disertakan melalui Bing Chat, pihak Bing kini menyatakan akan berkongsi pendapatan bersama rakan-rakan yang kandungan mereka dipaparkan pada respon sesuatu chat dengan iklan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah pembahagian akan dibuat, dan berapakah pendapatan melaluinya yang akan menguntungkan para penerbit kandungan. Tetapi, mungkin langkah ini mengelak daripada para penerbit kandungan membenci enjin carian berasaskan kecerdasan buatan seperti ini, kerana tidak membawa trafik ke laman berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved