
Dengan bulan Syawal bakal menjelma, banyak jenama-jenama fesyen yang mula mempromosikan produk-produk mereka.
Terbaru, sebuah video telah tular di laman Twitter yang memaparkan beberapa orang pemuda lengkap berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok keluar daripada tren dengan penuh gaya.
Dah tak pasal2 aku nak kena beli tongkat pulak raya kali ni. pic.twitter.com/IqEJ45BSzg
— The Mamu (@The_Mamu) March 28, 2023
Apa yang menarik, dalam video berkenaan tiada sebarang perkataan atau kapsyen berbahasa Melayu namun ada beberapa perkataan yang ditulis dalam Bahasa Thai.
Menjengah ke ruangan replies, difahamkan mereka ini adalah anak muda Melayu yang berasal dari selatan Thailand atau lebih tepat lagi Pattani.
Anak muda Melayu Thailand (belah selatan) berpegang teguh dengan jati diri mereka sebagai orang Melayu, dalam keadaan Thailand cuba untuk memadamkan budaya/bahasa mereka.
Btw sebelah tangan pegang tongkat, sebelah lagi pegang rokok paip letak kat mulut.
Stail wo. https://t.co/zrJoDTKn6P
— Matthor (@Matthor04) March 28, 2023
Video berdurasi 45 saat itu menarik perhatian ramai netizen, walaupun ada yang kecam video tersebut namun ramai juga yang memuji inisiatif pemuda-pemuda itu menjaga kesopanan serta menaikkan martabat Baju Melayu.

Pemilik video berkenaan lebih dikenali dengan nama Chalee dan merupakan seorang influencer TikTok yang sangat terkenal dan sering memuat naik dirinya memperagakan Baju Melayu. Setakat artikel ini ditulis, dia mempunyai 5.4 juta pengikut.
Fuh, memang style lah!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
