“Bingit macam ni siapa tahan” – [VIDEO] Wanita Complain Suami Lepak Luar, Netizen Boleh Faham Kenapa

Entertainment
29 Dec 2023 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Boleh dikatakan dah jadi satu lumrah, sikap sesetengah isteri ini kuat membebel, sejak daripada zaman ibu kita lagi ada yang macam ini. Leteran yang diberikan itu bukan suka-suka sebab mereka sayang dan ambil berat pasal kita.

Namun begitu, kenalah tengok leteran tu juga, kalau yang jenis tak tentu hala, suara pula nyaring. Siapa-siapa pun tak boleh tahan kan?

Satu video tular di platform X memperlihatkan seorang wanita membebel terhadap sikap para suami yang suka lepak luar dan tidak meluangkan masa di rumah bersama isteri.

Wanita ini menjelaskan bahawa dia sebagai isteri boleh buatkan air untuk suami di rumah, tapi pelik kenapa suami tetap nak minum di luar dengan rakan. Malah dia turut mempertikai si suami yang enggan membawa isteri bersama-sama mereka.

Kenyataan ini telah menarik perhatian netizen dan meraih lebih daripada 2,200 jumlah perkongsian dalam masa 2 hari ia dimuatnaik.

Tetapi, menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi kurang senang dengan cara leteran wanita ini, ada yang mendakwa bahawa mereka boleh faham jika suaminya lebih rela duduk di luar berbanding di rumah.

Malah, ramai dalam kalangan wanita sendiri tak tahan dan rasa ‘bingit’ mendengar leteran itu serta ada yang boleh agak, dengan melihat raut wajah wanita ini, mereka dakwa video ini ‘bingit’.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Siapa dapat habiskan tengok video ni, dia memang hebat.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.