Bintang Bola Sepak Ronaldo Dan Georgina Dijangka Berkahwin Esok – Media Sepanyol

FootballSports
31 Jul 2026 • 9:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mencetuskan spekulasi bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang bersama pasangannya, Georgina Rodriguez, selepas mereka dilihat mengenakan cincin berlian ketika bercuti di atas sebuah kapal layar di Mallorca.

Kapten Portugal berusia 42 tahun itu dilihat memakai sebentuk cincin di jari manis yang sepadan dengan cincin pertunangan milik Georgina, 32, yang juga ibu kepada tiga daripada enam cahaya matanya.

Advertisement
View this post on Instagram

Media tempatan turut melaporkan pasangan itu dijangka melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan selepas seorang pengacara televisyen mendakwa majlis itu akan berlangsung di estet Quinta da Regaleira di Sintra, Portugal, sedangkan lokasi berkenaan dijadualkan dibuka kepada orang awam sepanjang hujung minggu.

Sebelum ini, Ronaldo pernah berkongsi hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama Georgina selepas tamat saingan Piala Dunia, yang menyaksikan Portugal tewas kepada juara, Sepanyol.

View this post on Instagram

“Saya berharap dapat hadir ke majlis perkahwinan saya dengan membawa trofi juara,” katanya dalam temu bual bersama Piers Morgan.

Dalam temu bual sama, Ronaldo turut mengakui Georgina merupakan wanita yang membuatkan dirinya benar-benar ingin membina sebuah keluarga.

“Saya akan mengahwininya kerana saya percaya inilah masa yang tepat.”

“Bukan sekadar kerana dia ibu kepada anak-anak saya, tetapi kerana dialah wanita yang paling saya cintai,” katanya.

Untuk rekod, Ronaldo dan Georgina mula berkenalan pada 2016 ketika model kelahiran Argentina itu bekerja di sebuah butik Gucci di Madrid.

Bekas penyerang Manchester United itu dilaporkan melamar Georgina pada Ogos tahun lalu. – AGENCY

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Bintang Bola Sepak Ronaldo Dan Georgina Dijangka Berkahwin Esok – Media Sepanyol2026-07-27 11:42:24

"Waktu Tu Saya Tinggal Spender, Bekas Isteri Ambil Semua Aset" - Safee Sali Kongsi Titik Terendah Dalam Kehidupan

The post Bintang Bola Sepak Ronaldo Dan Georgina Dijangka Berkahwin Esok – Media Sepanyol first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved