Bintang Bola Sepak Terkenal Neymar, Gembira Jadi Bapa Untuk Kali Ketiga

22 Jul 2024 • 1:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa je yang tidak mengenali Neymar, kalau bercerita tentang dunia bola sepak.

Baru-baru ini pemain yang berusia 32 tahun itu, membuat satu hantaran di Instagram yang menunjukkan bahawa dia telah menjadi seorang bapa.

image is not available

Hubungan antara Neymar bersama model terkenal Amanda Kimberlly, telah mendapatkan seorang cahaya mata perempuan.

Neymar berkongsi gambar bayinya yang diberi nama Helena dan dilahirkan pada 3 Julai.

Amanda juga turut membuat satu hantaran di Instagram dengan menunjukkan gambar anaknya, berserta kapsyen “Bulan kegemaran saya, Julai”.

Neymar yang kini beraksi dengan kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal, sebelum ini pernah menjalinkan hubungan bersama Carolina Dantas dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 12 tahun, Davi Lucca.

Selain itu, Neymar juga mempunyai anak perempuan bernama Mavie hasil percintaannya bersama Bruna Biancardi.

image is not available

Jap!