“Saya Tetap Ayah Dia”- Bapa Zara Zya Enggan Ulas Isu Yang Tular

22 Jul 2024 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini cerita berkaitan dengan Zara Zya yang mengakui tidak mempunyai hubungan baik dengan bapanya telah tular di media sosial.

Menurut Melodi, bapa kepada Zara Zya, Mohd Zainuddin enggan memberi apa-apa komen berkenaan isu tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

image is not available

Saya taknak komen banyak, biarlah Zara saja yang beri komen. Sebab saya sebagai seorang ayah tidak mungkin benci dan dendam terhadapnya.

Zainuddin juga berkata, dia tetap ayah kepada Zara Zya walau seburuk mana pun itu.

Saya nak pesan nama dia adalah Zainurul Razia Mohd Zainuddin. Sampai syurga itulah ayah dia dan tiada orang lain.

Zara sebelum ini ada berkongsi rasa kecewa kerana tidak menerima layanan baik daripada seorang bapa.

Zara juga mendakwa bapanya pernah memburukkan dia di media sosial.

Walaubagaimanapun, punca sebenar hubungan mereka menjadi sedemikian tidak dijelaskan oleh mana-mana pihak.

image is not available

Jap!