Bintang Filem, Florence Pugh Melompat Dari Menara Merdeka 118 Untuk Filem Terbaru Marvel

Entertainment
5 Apr 2025 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tahun lalu, peminat filem Marvel dikejutkan dengan berita bahawa filem terbaru Marvel, Thunderbolts yang bakal ditayangkan tidak lama lagi telah menjalani penggambaran di Kuala Lumpur.

Terkini, syarikat produksi tersebut telah berkongsi di sebalik tabir atau behind the scenes (BTS) aksi lasak atau stunt yang dilakukan oleh bintang filem tersebut, Florence Pugh yang membuat lompatan base jump dari menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Video di sebalik tabir The Making of Thunderbolts itu telah dikongsikan oleh Marvel Entertainment menerusi TikTok baru-baru ini.

@marvel

3… 2… 1… Check out this epic behind-the-scenes look at Marvel Studios’ Thunderbolts, only theaters May 2. Tickets on sale Monday!

♬ original sound – Marvel Entertainment – Marvel Entertainment

Dalam video tersebut, pelakon, Florence Pugh yang membawa watak Yelena Belova dalam filem Thunderbolts itu mengatakan dia sangat teruja untuk melakukan aksi tersebut.

Selain itu, bintang filem yang popular dengan filem Dune itu juga mengatakan babak tersebut merupakan antara babak lasak atau stunt yang paling menakjubkan yang pernah dilakukannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia dilihat tidak sabar untuk menonton filem Thunderbolts itu nanti kerana babak melompat dari menara itu dilakukan di lokasi sebenar, Merdeka 118 dan bukannya sekadar latar belakang digital di dalam studio.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved