Bintang K-Pop, RIIZE Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur Ogos Ini!

LocalEntertainment
3 Jun 2025 • 5:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bintang K-Pop, RIIZE mengumumkan akan mengadakan siri Konsert jelajah 2025 RIIZE CONCERT TOUR [RIIZING LOUD] yang akan berlangsung di IDEA LIVE KL pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) jam 5 petang.

Jualan tiket umum telahpun dibuka pada 3 Jun 2025 jam 12 tengah hari menerusi laman rasmi my.bookmyshow.com.

Pemegang keahlian telah mendapatkan tiket lebih awal pada 2 Jun dari jam 12 tengah hari hingga 11:59 malam.

Harga penjualan tiket

image is not available

VIP (Berdiri) – RM898, PS1 (Berdiri) – RM798, PS2 – RM698, PS3 – RM598, PS4 – RM498, PS5 – RM398

image is not available

image is not available

Kumpulan paling pantas menang MMA

RIIZE berada di bawah label terkenal SM Entertainment, merupakan kumpulan lelaki yang debut pada tahun 2023 dengan lagu hit Get A Guitar. Ahli kumpulan terdiri daripada Eunseok, Sungchan, Wonbin, Sohee, Shotaro dan Anton.

Walaupun baru sahaja dua tahun berkecimpung dalam industri, RIIZE sudah mencipta sejarah dengan memenangi “Best Male Group” di Melon Music Awards (MMA), menjadikan mereka kumpulan paling pantas memenangi anugerah berprestij tersebut!

Album penuh pertama RIIZE

image is not available

Terbaru, RIIZE baru sahaja buat kemunculan semula menerusi album penuh pertama mereka ODYSSEY pada 19 Mei lepas, dengan lagu-lagu mantap seperti Bag Bad Back dan Ember to Solar (잉걸) yang penuh energi dan tarian bertenaga.

Jelajah [RIIZING LOUD] ini turut akan mengunjungi bandar-bandar besar seperti Seoul, Taipei, Hong Kong, Singapura, Tokyo, Bangkok dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kimchidaily (@kimchidaily_)

Peminat setia RIIZE di Malaysia, inilah masa korang! Jangan lepaskan peluang untuk saksikan sendiri persembahan live mereka yang dijangka menggegarkan Kuala Lumpur.

*(tidak termasuk caj pemprosesan RM4)

 

image is not available 4 months ago

'Seller' TikTok Meroyan Ketika Buat 'Live' Undang Kecaman - "Saya Tak Suka Orang K-Pop! Dah Lah Tak Cantik"