Kuching Festival 2025 Tampil Dengan Acara Baharu, Siap Ada Pickleball dan Tarian K-Pop

29 May 2025 • 2:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lebih Meriah Dari Sebelum Ini: Ini Yang Menarik Tentang Festival Kuching 2025

Kuching Festival 2025 Tampil Dengan Acara Baharu, Siap Ada Pickleball dan Tarian K-Pop. Kalau korang fikir Kuching Festival ni cuma pasal makanan dan pertunjukan tradisional, hold up kejap. Tahun ni MBKS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan) nak buktikan yang festival ni bukan sekadar nostalgia mak ayah – ia juga untuk korang yang muda, aktif dan suka fun content.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng umum tiga program baru yang memang padu habis – semuanya disasarkan untuk menarik minat generasi muda dan geng urban. Jom tengok apa yang menanti.

image is not available
Kuching Festival 2025 Tampil Dengan Acara Baharu, Siap Ada Pickleball dan Tarian K-Pop.
Gambar sekadar ilustrasi.

1. MBKS Mayor’s Pickleball Championship (2-3 Ogos)

Pickleball? Ya betul, sukan yang tengah meletup kat US ni kini sampai ke Kuching!

Lokasi: PicklePro Kuching, Tabuan Laru Family Club
Kategori:

  • Women’s Doubles Open
  • Men’s Doubles Open
  • Mixed Doubles Open
  • Veteran Men’s Doubles Open

Hadiah? Confirm menarik – dari tunai, peralatan sukan, medal, trofi sampai sijil. Tapi yang bestnya, bulan Julai akan jadi Community Pickleball Month, di mana korang boleh datang coaching FREE setiap Sabtu pagi dari 9 hingga 11 pagi! Nak belajar? Just datang je.

2. Cosplay Competition (2 Ogos) – Masa Untuk Korang ‘Summon’ Watak Anime Kegemaran

Kalau korang peminat anime, game atau fandom culture, this is your moment. Bawa keluar costume, polish makeup skills dan ready nak transform jadi Jujutsu Sorcerer, Genshin traveler, atau Goku pun boleh!

Lokasi: MBKS Theatre, Kuching Park
Jangkaan: Warna-warni, karakter pelik-pelik, dan full-on geek vibes!

3. K-Pop Dance Cover Competition (3 Ogos) – Kaki Dance, Masa Korang Dah Tiba

Dari Blackpink sampai Seventeen, korang yang minat K-Pop boleh tunjuk taring kat pentas ni.

Kumpulan dance dari seluruh rantau akan bertarung untuk title juara. Competition ni terbuka untuk peserta dari luar Sarawak jugak, so expect vibes international.

Festival Kuching 2025: Lebih Dari Sekadar Karnival Biasa

Tarikh: 25 Julai – 17 Ogos
Masa: Setiap malam 6 petang – 11 malam
Lokasi: Dewan Masyarakat MBKS

Apa yang korang boleh expect:

Food Fair: Ratusan gerai makanan – dari laksa Sarawak ke mochi Jepun.
Trade Fair: Produk dari usahawan tempatan.
Persembahan Malam: Tarian, muzik, show mesra keluarga.

Zumba Fiesta & Rekod Kebangsaan?

Wee juga umumkan Zumba Fiesta yang ke-10 tahun! Target kali ni? 10,000 peserta di Sarawak Hockey Stadium pada 2 Ogos untuk pecahkan rekod dalam Malaysia Book of Records.

Banyak Lagi Highlight Menanti

  • Kuching’s Got Talent – lebih banyak hadiah, lebih banyak bakat
  • Garden Show
  • Mayor’s Walk
  • Folk Dance Night
  • Pertunjukan Seni Bela Diri
  • Kuching Half Marathon
  • International Friendship Cities Night
  • Yuanji Dance Performance

Apa Kata Datuk Bandar?

“Festival ni bukan sekadar acara tahunan, ia mencerminkan siapa kita sebagai bandar – berbilang budaya, kreatif dan sentiasa maju bersama,” ujarnya, menurut laporan media tempatan.

Nak tahu update terkini? Check Facebook MBKS Kuching South cepat-cepat.
See you kat Kuching Festival 2025.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembangunan di Sarawak: