Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

3 Feb 2025 • 12:44 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Khabar duka datang daripada industri hiburan Taiwan apabila salah seorang bintang legenda mereka, Barbie Hsu meninggal dunia.

Hsu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di usia 48 tahun, lapor focustaiwan.tw.

Menurut laporan sama, bintang yang cukup terkenal dengan lakonannya dalam Meteor Garden itu terlebih dahulu diserang influenza sewaktu sambutan Tahun Baru Cina.

Difahamkan aktres itu dijangkiti influenza sewaktu bercuti di Jepun bersama keluarga.

“Kami telah ‘terbang’ ke Jepun dengan seluruh keluarga namun sayangnya insan yang amat kami sayangi, Barbie Hsu telah meninggal dunia kerana dijangkiti influenza yang menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru,” jelas kenyataan yang diberikan kakak kepada aktres tersebut menerusi agensinya.

Aktres tersebut meninggalkan suami yang merupakan seorang DJ dan penyanyi dari Korea Selatan, Koo Jun Yup dan anak berusia 10 serta 8 tahun hasil perkahwinan terdahulu bersama usahawan terkenal China,  Wang Xiaofei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved