Bintang Pop India, Sid Sriram Bakal Adakan Konsert Di KL Pada Oktober

Music
1 Jun 2023 • 8:02 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sid Sriram - Gambar Instagram WoodMark Events

KUALA LUMPUR - Pemuzik dan penyanyi popular India, Sidharth Sriram, yang juga dikenali sebagai Sid Sriram, bakal mengadakan konsert pada Oktober ini, penampilan keempatnya di Malaysia.

Konsert 'Sid Sriram at the Heart & Soul 3.0 Live in KL' akan berlangsung pada 7 Oktober ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula 7 malam. Konsert ini dianjurkan bersama dengan Kumpulan Lotus.

"Kami berharap tiket konsert pada 7 Oktober itu akan habis dijual,” menurut penganjur konsert, Woodmark Events, dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Penganjuran konsert kali keempat itu berikutan sambutan memberangsangkan terhadap persembahan sebelum ini pada Ogos tahun lepas yang menyaksikan tiket habis dijual dalam masa dua jam.

Tiket konsert akan dijual mulai pukul 11 pagi pada 1 Jun, dengan harga tempahan awal bermula dari RM99 dan boleh dibeli secara dalam talian di https://www.ticket2u.com.my/sidsriram.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman instagram @woodmarkevents. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved