Bintang pop memukau di layar

EntertainmentMovie
9 Aug 2026 • 6:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bintang pop memukau di layar

Bintang pop sememangnya terkenal dengan persembahan hebat di atas pentas serta keupayaan vokal mengagumkan di studio rakaman. Namun, bakat mereka bukan sekadar terhad kepada nyanyian dan menghasilkan lagu-lagu popular.

Malah, sebahagian daripada mereka turut berjaya mencipta nama dalam dunia lakonan menerusi drama televisyen dan filem. Berikut antara penyanyi yang membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu menyanyi, malah berbakat besar dalam bidang lakonan.

ARIANA GRANDE

Sebelum melancarkan album sulungnya, Ariana Grande terlebih dahulu mencuri perhatian menerusi lakonannya dalam siri Victorious dan Sam & Cat. Sejak itu, Ariana terus mengembangkan bakat lakonannya dengan membintangi beberapa produksi termasuk Scream Queens, Wicked dan Don’t Look Up.

MILEY CYRUS

Miley Cyrus melonjak menjadi bintang selepas membawakan watak Hannah Montana menerusi siri popular dengan judul yang sama. Ketika membina kerjaya sebagai bintang pop, Miley terus aktif dalam bidang lakonan. Antara produksi yang pernah dibintanginya termasuk The Last Song, LOL, So Undercover, Black Mirror dan Human Resources. Kejayaannya dalam kedua-dua bidang membuktikan Miley bukan sekadar memiliki bakat muzik, malah mampu menyerlah sebagai pelakon.

LADY GAGA

Lady Gaga memulakan langkah pertamanya dalam dunia lakonan menerusi sebuah episod siri The Sopranos pada 2001. Sejak itu, beliau tampil dalam beberapa produksi terkenal termasuk American Horror Story, House of Gucci, Joker: Folie à Deux dan The Devil Wears Prada 2.
Malah, penyanyi itu turut menerima pencalonan Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem A Star Is Born.

HILARY DUFF

Hilary Duff kini kembali mewarnai dunia muzik pop. Namun, kerjayanya dalam industri hiburan sebenarnya bermula menerusi watak ikonik Lizzie McGuire yang melonjakkan namanya sebagai bintang remaja. Hilary turut membintangi pelbagai produksi termasuk Casper Meets Wendy, Cadet Kelly, The Lizzie McGuire Movie, A Cinderella Story, Younger dan How I Met Your Father.

SELENA GOMEZ

Selena Gomez membesar di depan kamera apabila mula berlakon sejak usia muda menerusi Barney & Friends sebelum meraih populariti menerusi Wizards of Waverly Place.
Selena kemudiannya membintangi pelbagai produksi termasuk Spring Breakers, Monte Carlo, Hotel Transylvania dan Only Murders in the Building, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi dan pelakon berbakat.

The post Bintang pop memukau di layar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved