Bintang Popular Running Man Haha Bakal Bercuti Di Malaysia, Netizen Jangka Di Sabah

6 Aug 2023 • 7:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Haha sering dikaitkan dengan watak kartun kanak-kanak iaitu Pororo.

Bintang Popular Running Man Haha Bakal Bercuti Di Malaysia, Netizen Jangka Di Sabah. Kalau anda peminat setia Running Man, anda pasti kenal dengan salah satu ahlinya iaitu Ha Dong Hoon, atau lebih dikenali sebagai Haha.

Baru-baru ini, isteri kepada Haha yang juga dikenali sebagai penyanyi berbakat, Byul, telah mengumumkan bahawa mereka akan menghabiskan cuti musim panas di Malaysia.

image is not available
Bintang Popular Running Man Haha Bakal Bercuti Di Malaysia, Netizen Jangka Di Sabah

Destinasi tempat percutian Haha sekeluarga masih menjadi rahsia

Walaubagaimanapun, pasangan ini masih belum memaklumkan tempat persinggahan mereka di Malaysia.

Pada 3 Ogos yang lalu, Byul memuat naik sebuah video di saluran Youtube beliau. Dalam video itu, dia menceritakan tentang rancangan beliau untuk membuat pasport anak-anaknya. Byul menyatakan:

“Dream, Soul dan Song telah bersiap sedia untuk bergambar pasport sebagai langkah awal sebelum bercuti musim panas ini. Kami merancang untuk ke Malaysia bersama-sama.”

image is not available

Inilah peluang anda untuk mungkin berjumpa dengan bintang kesayangan anda!

“Dream dan Soul sudah memiliki pasport, tetapi untuk Song, kami perlu buat satu lagi. Oleh itu, kami akan pergi ke studio fotografi berdekatan untuk mengambil gambar Song.”, tambah Byul lagi.

Walaupun destinasi tempat percutian Haha masih menjadi rahsia, netizen Malaysia berjangka bahawa mereka akan menghabiskan masa di Sabah memandangkan lokasi tersebut dikenali sebagai destinasi popular di kalangan pelancong dari Korea Selatan.

image is not available

Kepada peminat Haha dan Running Man di Malaysia, inilah peluang anda untuk mungkin berjumpa dengan bintang kesayangan anda!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: