Berita Baik, Sushi Empire Bakal Buka Cawangan Kedua Di Aeon Mall Kuching

2 Aug 2023 • 12:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nikmati sushi premium dengan harga Rahmah

Berita Baik, Sushi Empire Bakal Buka Cawangan Kedua Di Aeon Mall Kuching. Berita baik buat enggemar makanan Jepun kini anda berpeluang untuk terus menikmati sushi dari Sushi Empire, yang bakal membuka cawangan keduanya di Aeon Mall Kuching.

Untuk info, cawangan pertama Sushi Empire di Kuching dibuka di pusat belah Vivacity di tingkat lower ground berhadapan dengan Everrise.

image is not available
Berita Baik, Sushi Empire Bakal Buka Cawangan Kedua Di Aeon Mall Kuching. Kredit: Facebook

Menu pun boleh tahan banyak!

Sejak diperkenalkan di Kuching, Sushi Empire telah menambat hati penggemar sushi dengan pelbagai hidangan yang menarik dengan harga Rahmah.

Apa yang lebih menarik ialah harga yang ditawarkan oleh Sushi Empire. Anda boleh menikmati pelbagai jenis sushi yang enak dengan harga serendah RM 1.30 sahaja!

image is not available

Harga yang sangat berpatutan ini membolehkan semua golongan, dari pelajar hingga pekerja, menikmati kelezatan sushi tanpa perlu membimbangkan bajet.

Tak payah dah keluar bajet tinggi demi menikmati hidangan sushi!

image is not available

Namun hari pembukaan rasmi kedai sushi tersebut masih belum diumumkan oleh pihak Aeon Mall.

Jadi, buat warga Kuching dan sekitar jangan lepaskan peluang ini. Teruskan menunggu ‘update’ dari pihak Aeon Mall untuk hari pembukaan sebenar daripada jenama sushi kegemaran ramai ini.

Baca lagi artikel menarik: