Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

5 May 2024 • 8:19 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar media sosial

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak kebangsaan yang juga bintang Selangor FC, Faisal Halim cedera selepas disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Damansara itu menyebabkan Faisal mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, beliau dilaporkan sudah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta dan keadaannya dilaporkan stabil.

image is not available

Insiden itu turut tular di media sosial dan dikongsi di akaun X, SSFC.

"Khabar Duka Buat Pemain Sayap Selangor, Faisal Halim yang dikatakan disimbah asid sebentar tadi di salah sebuah Mall terkemuka.

"Diharapkan si pelaku dapat diberkas dgn segera.

"Semoga seluruh keluarga Faisal Halim tabah menghadapi ujian ini dan Faisal akn sembuh seperti sediakan," ciap hantaran SSFC.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya insiden membabitkan Faisal dan Akhyar.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," kongsinya di akaun X.

Khamis lalu, Akhyar Rashid yang juga pemain Terengganu FC (TFC) untuk musim ini cedera di bahagian kepala selepas dipercayai dipukul dengan cota.

Kejadian samun itu berlaku sehari selepas Akhyar menyambut ulang tahun kelahiran ke-25.

Beliau yang cedera dirawat di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu. - Getaran, 5 Mei 2024

        View this post on Instagram                      

A post shared by Getaranmy (@getaranmy2.0)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved