
Selepas isu pemain bola sepak, Akhyar Rashid disamun, kini Faisal Halim pula menjadi sasaran khianat oleh individu yang hendak hancurkan karier bola sepaknya. Apa nak jadi dengan bola sepak Malaysia ni?
Menurut laporan Harian Metro, Faisal Halim dipercayai telah disimbah asid oleh dua orang individu tidak dikenali selepas dia keluar dari kereta di sebuah pusat membeli belah di Damansara.
Kedua-dua individu yang menaiki motosikal itu sempat mengucapkan ‘good luck’ sebelum menyimbah asid kepadanya.
Semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan adalah nombor palsu dan motosikal itu dipercayai motosikal curi.
Walau bagaimanapun, pihak polis masih lagi melakukan siasatan terhadap kes ini dan Faisal sedang mendapatkan rawatan segera di sebuah hospital di Damansara.

Kedua-duanya merupakan tonggak utama Harimau Malaya. Nampak macam ada sesuatu yang tidak kena ketika ini.
Mohon kepada pemain bola sepak kebangsaan yang lain supaya berhati-hati semasa berada di luar sana.
Kredit: Harian Metro



