Bintang sitcom Friends & Beverly Hills 90210, Matthew Perry ditemui meninggal dunia dalam jakuzi rumah

Entertainment
29 Oct 2023 • 11:23 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Bintang sitcom Friends & Beverly Hills 90210, Matthew Perry ditemui meninggal dunia dalam jakuzi rumah


SALAH
seorang pelakon dalam siri sitcom Friends, Matthew Perry meninggal dunia pada usia 54 tahun, lapor TMZ.

Pihak berkuasa memaklumkan, selebriti tersebut ditemui lemas di dalam jakuzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Pembantunya menemui aktor tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi pihak berkuasa.

image is not available

Polis tidak menemui dadah atau sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.

Selain dilaporkan mempunyai ketagihan dadah dan alkohol, Perry juga pernah berdepan beberapa isu kesihatan.

image is not available

Terdahulu, beliau pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah gastrousus yang memerlukan pembedahan kecemasan.

Perry paling dikenali sebagai watak Chandler Bing dalam sitcom era 1990-an itu yang bersiaran selama 10 musim.

Beliau muncul dalam kesemua 234 episod Friends.

image is not available

Selain Friends, Perry pernah muncul dalam beberapa siri TV lain seperti Boys Will Be Boys, Growing Pains, Silver Spoons, Charles in Charge, Sydney, Beverly Hills, 90210, Ally McBeal dan banyak lagi.

Perry belum berkahwin, namun pernah bertunang dengan Molly Hurwitz beberapa tahun yang lalu.

Sebelum itu, dia juga pernah dikaitkan dengan aktres, Lizzy Caplan.

Sumber: TMZ

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!