Pelakon Watak Chandler Dalam Siri Komedi Friends Meninggal Dunia, Ditemui Lemas Di Rumah

Entertainment
29 Oct 2023 • 12:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat siri komedi ‘Friends’ pasti mengenali watak Chandler Bing yang dilakonkan oleh Matthew Perry. Terkenal dengan lawak sarkastik dalam siri itu, Perry dikhabarkan telah meninggal dunia semalam.

image is not available

Memetik laporan dari People, pihak berkuasa memaklumkan pelakon itu ditemui lepas di dalam jacuzzi di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah atau sebarang dadah di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Polis Los Angeles, pada awalnya mereka telah menerima panggilan telefon mengenai kematian seorang lelaki berusia 50-an, namun identiti mangsa tidak dimaklumkan. Panggilan itu dibuat dengan mengatakan penghuni rumah itu mengalami serangan jantung.

image is not available

Sementara itu, wakil mendiang Perry dipercayai belum memberi sebarang kenyataan berhubung pemergian pelakon itu.

Untuk rekod, bakat Perry mula menyinar apabila beliau menjadi sebahagian watak dalam sitkom popular friends yang bertahan selama 10 musim sejak 1994.

 

Baca: Minat Sitcom? Ini 7 Sebab Kenapa Young Sheldon Lagi Best Dari The Big Bang Theory

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.