Bintang warisan Indonesia pilih Arif Aiman

FootballSports
17 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Bintang warisan Indonesia pilih Arif Aiman

Pemain warisan Indonesia, Kevin Diks, memilih pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi, sebagai pemain yang paling sukar pernah dihadapinya dalam kempen Piala ASEAN FIFA baru-baru ini.

Pemain Borussia Monchengladbach itu turut berkongsikan Arif Aiman memiliki potensi besar untuk menyinar sekiranya beraksi di Eropah.

"Dalam kejohanan terakhir, saya boleh berikan penghargaan tinggi kepada pemain sayap kanan Malaysia. Dia pemain yang bagus, jika tidak silap namanya Arif (Aiman).

"Saya sangat terkesan dengan penampilannya dalam babak kedua, apabila dia bergerak sedikit ke bahagian saya, saya sudah tahu apa yang mampu dilakukannya.

 

 

 

 

“Jadi, saya sentiasa berada dekat dengannya supaya dia tidak dapat menerima bola.

"Dia memang pemain yang sangat bagus. Saya difahamkan dia bermain di JDT, jika saya tidak silap.

"Saya rasa dia seorang pemain yang sangat bagus dan berpotensi untuk mencipta kejayaan di Eropah.

"Tetapi berdasarkan apa yang saya faham, dia mungkin akan kekal di Malaysia kerana dia suka bermain di sana. " katanya dalam satu temu bual yang tular.

Diks menjadi antara watak penting memacu kejayaan Indonesia bergelar juara edisi perdana Piala ASEAN FIFA di Jakarta sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved