Biodata Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, bakal berkahwin hujung Oktober

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 12:24 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Tengku Muhammad ini sememangnya cukup popular dikalangan rakyat marhaen.

Putera kedua kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dikenali dengan keramahannya dan telatah lucunya di media sosial.

Kenali YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah

image is not available

 

YAM Tengku Muhammad ini merupakan adik beradik ketiga daripada sembilan beradik.

Beliau merupakan pewaris takhta yang kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang selepas Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

Usia antara Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM Tengku Muhammad hanya berbeza dan selang dua tahun sahaja.

YAM Tengku Muhammad juga sememangnya terkenal dengan keaktifannya dalam pelbagai jenis sukan. Antaranya termasuklah bola sepak, sukan polo dan sukan golf.

Bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya

image is not available

Tular di laman sosial TikTok hari ini mengenai video Tengku Natasya selesai majlis khatam Quran di rumah orang tuanya. Majlis itu dihadiri Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anak-anaknya yang lain seperti Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Menurut komen Tengku Ampuan Pahang sendiri, mengesahkan majlis perkahwinan anaknya itu bakal berlangsung pada 25, 26 dan 27 Oktober ini.

Gelaran hormat bagi Tengku Muhammad

Untuk pengetahuan umum, beliau juga telah dikurniakan pelbagai gelaran terhormat setakat 26 tahun ini.

11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Sultan Abdullah Al-Haj
15 Januari 2019 – 15 Ogos 2019: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
15 Ogos 2019 – Kini: Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Jawi: يڠ امت موليا تڠكو محمد إسكندر رعاية الدين شاه ابن السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه، تڠكو اريف بندهارا

Pahang :
Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) – Dato’ Sri Setia (30 Julai 2024)
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato’ Sri (15 Ogos 2020)
Antarabangsa

Monaco:
Darjah Saint-Charles (Grand-Officier de l’Ordre de Saint-Charles) – 27 November 2023

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.