Mulanya fasa berdarah manis! Tengku Natasya selamat Majlis Khatam Al-Quran

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 1:09 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Akhirnya spekulasi tentang kemungkinan perkahwinan antara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, anakanda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor, anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah terjawab.

Menurut perkongsian laman Instagram Kesultanan Pahang, jelas dilihat akan sebuah posting Majlis Khatam Al-Quran untuk Tengku Natasya Adnan yang berlangsung pada 5 Oktober 2024. Video yang dikongsikan itu juga dilihat yang mana Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haji berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan.

Tengku Natasya tampil cukup cantik anggun dalam persalinan berona dusty pink yang dipadankan bersama selendang yang diletakkan di atas kepala dengan rona dan tema yang sama.

Acara khatam Al-quran tersebut diadakan Taman Duta. Turut berangkat sama adalah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidztullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illyana dan YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan Dato’ Haji Mohammed Moiz.

image is not available
Kredit foto: Instagram Kesultanan pahang

Sesudah Majlis Khatam Al-Quran ini, turut telah berlangsungnya Majlis Siraman bersempena bakal berlangsungnya Istiadat Perkahwinan Diraja buat pasangan mempelai ini. Dilihat menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Kesultanan Pahang ini, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman untuk pasangan Tengku Natasya Adnan dan Tengku Muhammad yang juga berlangsung di Taman Duta.

image is not available
Kredit foto: Instagram Kesultanan Pahang

Sewaktu Majlis Siraman berlangsung, Tengku Muhammad yang hadir mengenakan baju melayu rona putih dengan kalungan bunga melati dilihat telah disiram dengan air siraman yang dipercayai adalah adat istiadat keturunan Jawa yang mana latar belakang keluarga Tengku Natasya. Ketika acara Majlis Siraman ini, Tengku Natasya tampil serba persalinan jawa yang mana rambutnya didandan rapi seakan orang Jawa dan kebaya lace hijau serta berkain batik.

Dikatakan yang istiadat perkahwinan Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad dengan YM Tengku Natasya dijadualkan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober 2024. Istiadat Perkahwinan Diraja ini bakal berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

image is not available
Kredit foto: Instagram Kesultanan Pahang

Turut berangkat ke Majlis Siraman tersebut adalah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YHM Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moiz, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Sumber: Instagram Kesultanan Pahang

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.