“Bismillah login” – Gamers Terkenal Indonesia Umum Peluk Islam

LocalEntertainment
20 Sep 2024 • 11:05 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, Gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengumumkan bahawa dirinya memeluk agama Islam, pada Isnin lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Listy di laman Instagramnya, khabar baik itu dimaklumkan melalui satu video pendek yang menunjukkan dirinya sedang melalui proses mengucap syahadah untuk memeluk agama Islam di sebuah masjid.

“Bismillah login,” tulis Listy pada video yang juga memperlihatkan imejnya sedang mengenakan selendang.

Difahamkan, wanita yang berusia 27 tahun tersebut sebelumnya merupakan seorang penganut agama Kristian.

Netizen syukur, ada saudara baharu peluk Islam

image is not available
image is not available image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat meluahkan rasa syukur dengan keputusan Listy yang memilih Islam sebagai agama baharunya selain berharap dia terus istiqamah dalam mendalami ajaran Islam.

Terdahulu, Listy semakin dikenali ramai selepas menyertai satu organisasi eSport profesional di Jakarta iaitu EVOS dan juga melibatkan diri dalam banyak pertandingan berprestij.

Sumber: Instagram Listy Chan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved