Gamer Terkenal, Listy Chan Umum Peluk Islam 

LocalEntertainment
20 Sep 2024 • 4:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gamer Terkenal, Listy Chan Umum Peluk Islam

Indonesia – Bekas pemain profesional EVOS, Listy Chan mengumumkan dia memeluk agama Islam menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin lalu.

Video yang dimuat naik itu memaparkan detik Listy mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam sebuah masjid. Listy kelihatan manis dan sopan apabila tampil dengan memakai tudung dan baju berwarna putih.

“Bismillah login.”

Itu sahaja ucapan yang dimuat naik tanpa sebarang ulasan lanjut berkenaan keputusannya itu.

Menurut Tribun, Listy yang sebelum ini beragama Kristian itu merupakan anak kelahiran Singkawang di Kalimantan Barat yang lahir pada 29 April 1997.

Listy mula dikenali dalam dunia e-sukan apabila menjadi Pengurus bagi pasukan Bigetron Mobile Legends pada 2017. Setelah itu, Listy diserap masuk ke dalam EVOS sebagai pemain ML Ladies di posisi Fighter dan Marksman, lapor Liga Game E-Sports.

Kehandalannya dalam mengawal permainan amat dikagumi dan terbukti apabila dia memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsa antaranya M1 World Championship, Female Gaming League Mobile Legends Minor Series 2019, dan Top Global Professional Mobile Legends Season 6.