Bisnes Asyik Dikecam, Chef Ammar Luah Rasa Terkilan – “Tahun Ini Nak Kunci Mulut”

26 Mar 2024 • 11:26 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Chef selebriti iaitu Chef Ammar luah rasa terkilan apabila setiap kali bulan Ramadan pasti akan ada individu yang mengkritik harga hidangannya.

Menerusi satu temubual bersama BFMradio yang dimuatnaik di X, Chef Ammar berkata apabila perkara itu berlaku, isterinya selalu ada untuk menenangkannya.

“Saya berasal dari Nablus, Tebing Barat. Jadi bila orang cakap harga hidangan harga zionis, harga yahudi, balik Israel, saya rasa terkilan dan mereka tahu saya berasal dari Palestin.

“Tapi isteri selalu cakap dengan saya, jangan pedulikan. Tapi saya degil juga sebab kami bangga dengan usaha dan kerja kami.

“Jadi tahun ini, saya nak kunci mulut dan buang kunci itu ke laut,” katanya berseloroh.

Chef Ammar luah rasa terkilan

image is not available

Dalam pada itu, Chef Ammar juga mendedahkan untuk penjualan hidangan popularnya iaitu Nasi Arab Lamb Shank tidak mempunyai keuntungan yang banyak.

“Kalau saya boleh buat RM10 untuk satu bungkus, saya akan gembira. Sebab barang-barang yang kami guna memang mahal.

“Saya guna kacang gajus, kacang badam, beras basmathi yang berkualiti dan macam-macam lagi jadi kos dia memang banyak,” jelasnya.

image is not available

Sementara itu, Chef Ammar berkata bagi bulan Ramadan ini, mereka mempunyai dua tapak kekal di bazar dan memakan kos RM500,000 dari segi sewa tapak, barang-barang, pengangkutan dan banyak lagi.

“Bulan Ramadan ni, saya ada dua tapak kekal. Tapak, barang-barang, pengangkutan, bunting dan printing, kesemuanya memakan kos sebanyak RM500,000 untuk dua tapak tu,” katanya.

Menurut Chef Ammar, jumlah keuntungan kedai nasi arabnya di bazar Ramadan mencecah RM300,000 hingga RM400,000.

image is not available

Terdahulu, nama Chef Ammar sekali lagi menjadi sebutan orang ramai kerana menyindir netizen yang mendakwa kedainya di bazar Ramadan tidak mempunyai pelanggan.

Sumber: X BFMradio