“Popia Inti Hangit, Makanan Basi..” – Mufti Pulau Pinang Bersuara, Neraka Wail Menanti Peniaga Bazar ‘Aniaya’ Pembeli

25 Mar 2024 • 1:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak menyambut bulan Ramadan dua minggu yang lalu, ada saja yang kita dengar luahan hati pembeli yang tidak berpuas hati dengan jualan peniaga di bazar Ramadan.

Kebanyakannya meluahkan rasa kesal apabila harga makanan yang dijual terlalu tidak setanding dengan kualiti makanan yang dijual.

Mufti Pulau Pinang bersuara

Kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor, akan ada Neraka Wail menanti peniaga yang melakukan penipuan termasuk menjual makanan tidak berkualiti di bazar Ramadan.

Hukum perbuatan begini adalah haram di sisi syariat Islam dan di dalam al-Quran terdapat ancaman dengan Neraka Wail ke atas para peniaga yang menipu timbangan atau sukatan.

Iman seseorang semakin terhakis

Tambahan Wan Salim lagi, zaman kini, iman dan akhlak seseorang semakin lama semakin terhakis dan ramai juga meminggirkan ajaran agama termasuklah umat Islam.

Bahkan memberi pandangan sepatutnya di bulan Ramadan umat Islam perlu perbanyakkan infaq dan beri jamuan kepada yang berpuasa, bukannya menganiaya pembeli.

Tetapi dukacitanya ada peniaga yang tergamak menjual makanan basi di bazar Ramadan dan ini termasuk dalam kategori perbuatan tidak beretika yang sudah pasti hukumnya adalah haram.

image is not available 6 days ago

Juadah Di Bazar Selalu Mengecewakan Dan Tak Padan Harga? Ini Senarai Makanan 'Problematic' Dijual Di Bazar Ramadan