“Bisnes Dah Tak Laku, Sibuk Jual Anak” – Shuib Naik Angin, Tak Boleh Terima Thalita Jadi Sasaran!

LocalEntertainment
7 Feb 2025 • 8:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shuib

Anak kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu, iaitu Thalita tidak terkecuali daripada menerima kritikan pedas daripada seorang individu yang menggunakan akaun palsu.

Dalam komen tersebut, Thalita dikatakan ‘acah-acah retis’ dan suaranya biasa-biasa je jika dibandingkan penyanyi lain.

“DM aku, bercakap dengan aku depan-depan. Berani?” – Shuib

Individu terbabit meminta Thalita fokus kepada pembelajaran daripada menceburi industri hiburan pada usia muda.

Bukan itu je, individu terbabit turut menuduh Shuib menggunakan anak disebabkan bisnesnya yang semakin merudum.

image is not available

Sebagai seorang bapa, Shuib tidak berdiam diri dan terus memberi respon tegas terhadap komen negatif tersebut.

Shuib mengaku terasa

image is not available

Menerusi Insta Story, Shuib menegaskan bahawa dia tidak kisah jika dirinya dikecam, tetapi apabila anaknya yang masih muda menjadi sasaran, itu sudah melampaui batas.

Tak kisah la kau fake account ke ape ke, tapi bila kau boleh komen macam ni, aku sebagai bapa memang akan terasa. Kalau nak cakap pasal aku, insyaAllah aku tak kisah sebab dah biasa orang komen bukan-bukan, kecam. Tapi jangan la sentuh anak aku. Dia muda lagi, baru nak belajar-belajar masuk industri.

Shuib turut mempertahankan usaha anaknya yang baru mula belajar untuk mencari duit sendiri dan menegaskan bahawa tiada salahnya menyokong anak muda yang mahu berdikari.

Kalau betul nak menegur, DM aku. Bercakap depan-depan, berani?

Shuib turut mencabar individu tersebut untuk bersemuka jika tidak berpuas hati dengan dirinya.

#ApaKataOhmedia

Berselindung di sebalik akaun palsu dan menulis komen yang mengguris hati orang lain adalah satu perbuatan yang tidak wajar.

Sebaiknya, netizen menggunakan akaun media sosial dengan sebaiknya dan saling menyokong di antara satu sama lain. Lagi pula, Thalita semenangnya berbakat seperti arwah ibunya, Siti Sarah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Beautifulnara


The post

appeared first on

.