Dituduh Gunakan Anak Sebab Bisnes Tak Laku, Shuib Akui Terasa Hati – “Jangan La Sentuh Anak Aku, Dia Muda Lagi”

LocalEntertainment
7 Feb 2025 • 4:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak, Shuib akui tersinggung apabila ada pihak yang bercakap buruk mengenai anak perempuannya iaitu Thalita yang kini semakin aktif dalam dunia seni.

Bisnes dah tak laku sibuk jual anak sana sini. Thalita baik fokus belajar, umur baru 12 tahun dan acah-acah artis padahal suara bukan bagus sangat pun.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, tampil mempertahankan anaknya itu dan mengajak individu tersebut untuk bersemuka dengannya susulan meninggalkan komen negatif di TikToknya.

image is not available

Bila kau komen macam ni aku sebagai bapa memang akan terasa.

 

Apa salah beri sokongan, setidaknya pun kalau betul menegur DM (direct message), bercakap dengan aku depan-depan.

Shuib berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Storynya. Ia memaparkan satu tangkap layar (screenshot) komen negatif yang diterimanya.

image is not available

Dalam pada itu, pelawak itu memberitahu apa yang dilakukan oleh anaknya itu sebagai salah satu pembelajaran untuk mencari rezeki di usia muda.

Kalau nak kecam pasal bapa dia, Insya-Allah aku tak kisah sebab dah biasa orang beri komen bukan-bukan. Tapi jangan la sentuh anak aku.

image is not available

Dia muda lagi. Dia baru nak belajar masuk industri. Nak tolong bapa dia cari duit sendiri.

Sebelum ini, nama Thalita atau Dzahira Thalita Zahra semakin menjadi perhatian selepas melakukan persembahan nyanyian dan persembahan itu mendapat pujian ramai.

image is not available 3 weeks ago

Semakin Dikenali Ramai, Shuib Nafi 'Jual Anak' Untuk Tumpang Populariti - "Semua Orang Boleh Cakap, Tapi Biarlah"