Bitcoin Gagal Rebut Semula $80,000, Yen Jepun Jadi Perhatian

Business & Finance
10 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Bitcoin Gagal Rebut Semula $80,000, Yen Jepun Jadi Perhatian

Bitcoin terus bergelut untuk kembali melepasi paras AS$80,000 pada Rabu apabila momentum belian masih lemah, manakala pelabur mula memberi perhatian kepada pengukuhan yen Jepun yang boleh memberi kesan kepada kecairan pasaran kripto.

Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $78,478 positif 0.25% sejak pembukaan sesi Asia pada Khamis.

Bitcoin susut sekitar 0.4% pada hari tersebut selepas cubaan untuk menguji semula AS$80,000 kembali berundur.

Ketegangan Iran Tekan Sentimen Pasaran

Sentimen terhadap aset berisiko turut terjejas selepas serangan AS terhadap kapal tangki minyak Iran menyebabkan harga minyak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan.

Harga WTI meningkat melebihi AS$96 setong, manakala Brent turut menembusi AS$101 setong buat pertama kali sejak akhir Julai.

Kenaikan harga minyak menimbulkan kebimbangan terhadap inflasi kerana kos tenaga yang lebih tinggi boleh memberi tekanan kepada harga barangan dan perkhidmatan. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan pelabur lebih berhati-hati terhadap aset berisiko seperti saham dan kripto.

Yen Mengukuh, Risiko Carry Trade Jadi Tumpuan

Pada masa sama, yen Jepun terus mengukuh dan kini berada pada paras tertinggi berbanding dolar AS sejak Februari.

Pergerakan ini penting kepada pasaran kerana jumlah posisi short yen masih berada pada tahap yang sangat tinggi, dengan kedudukan tersebut dilaporkan melebihi ¥5 trilion pada awal September.

Jika yen terus mengukuh, trader yang sebelum ini mengambil posisi short mungkin terpaksa menutup dagangan mereka. Situasi ini boleh mencetuskan unwind yen carry trade, iaitu apabila pelabur menjual aset yang dibeli menggunakan dana pinjaman dalam yen untuk mendapatkan semula mata wang tersebut.

Jika berlaku secara besar-besaran, proses ini berpotensi mengurangkan kecairan dan meningkatkan tekanan jualan terhadap aset berisiko termasuk Bitcoin.

BOJ Dijangka Naikkan Kadar

Risiko tersebut turut meningkat dengan jangkaan Bank of Japan (BOJ) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% pada mesyuarat 28 September.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, sebelum ini turut memberi bayangan bahawa campur tangan dalam pasaran yen masih boleh berlaku.

Kenyataan terbaharu beliau pula memberi isyarat bahawa trader yang cuba bertaruh menentang tindakan bank pusat mungkin berdepan risiko lebih tinggi.

Keadaan ini menyebabkan pergerakan USD/JPY menjadi antara perkara yang perlu diperhatikan kerana perubahan mendadak pada pasangan mata wang tersebut boleh memberi kesan kepada kecairan dan sentimen pasaran kripto.

INTRADAY OUTLOOK

[chart pair=”btcusd” period=”D1″]

Bitcoin masih berdepan tekanan untuk kembali kukuh di atas AS$80,000.

Selagi bitcoin gagal menembusi dan bertahan di atas paras tersebut, pergerakan harga berpotensi kekal berhati-hati dengan AS$78,000 menjadi kawasan sokongan terdekat.

Dari sudut makro, pengukuhan yen, risiko unwind yen carry trade dan kenaikan harga minyak boleh mengehadkan minat terhadap aset berisiko, manakala penembusan kukuh AS$80,000 boleh membuka ruang untuk momentum kenaikan seterusnya.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved