Bitcoin Mengatasi Nilai RM400,000 – Tertinggi Setakat Ini

TechnologyDigital
14 Nov 2024 • 7:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak Donald Trump memenangi Presiden Amerika Syarikat pada pilihanraya baru-baru ini, nilai kriptowang dilihat meningkat mendadak selari polisi baharu yang dijangka dibawakan dibawah pemerintahan Donald Trump. Terbaru, hari ini Bitcoin mencatatkan rekod nilainya tersendiri apabila berjaya mencapai nilai RM400,000.

image is not available

Ini adalah kali pertama Bitcoin mencapai nilai berkenaan. Selari peningkatan berkenaan, nilai pelbagai kriptowang lain turut memperlihatkan peningkatan yang positif, termasuk seperti Ethereum, Solana, XRP dan sebagainya.

Pelbagai penganalisa menyasarkan nilai Bitcoin akan terus meningkat dan mencatatkan nilai lebih tinggi dalam minggu-minggu akan datang.