Bitcoin Rebound, $82,000 Target Seterusnya

Business & Finance
4 Sep 2026 • 10:40 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Bitcoin Rebound, $82,000 Target Seterusnya

Bitcoin kembali melepasi paras $80,000 selepas melonjak lebih 5%, namun kenaikan tersebut masih berdepan persoalan sama ada mampu bertahan atau sekadar pemulihan sementara.

Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $80,827 positif 0.02% sejak pembukaan sesi Asia pada Jumaat.

Bitcoin meningkat sehingga 5.7% pada Khamis susulan sentimen pasaran yang bertambah baik apabila saham AS mengukuh, hasil bon AS menurun dan dolar AS melemah.

Pergerakan tersebut turut disokong oleh kenyataan Gabenor Rizab Persekutuan (Fed), Christopher Waller, yang memberi isyarat bahawa beliau menyokong kadar faedah dikekalkan sekiranya tekanan inflasi terus reda.

Permintaan AS Masih Tidak Konsisten

Walaupun Bitcoin kembali di atas $80,000, permintaan daripada pelabur AS masih belum menunjukkan momentum yang benar-benar kukuh.

Aliran masuk ke dalam ETF Bitcoin spot AS meningkat pada Ogos, namun pergerakannya masih tidak konsisten. Malah, berlaku beberapa hari dengan aliran keluar yang besar dalam tempoh minggu lalu.

Premium Coinbase yang membandingkan harga Bitcoin di Coinbase dengan platform antarabangsa juga kekal negatif.

Situasi ini menunjukkan tekanan belian daripada pelabur AS masih belum cukup kuat untuk mengesahkan bahawa Bitcoin telah memulakan trend kenaikan baharu.

$82,000 Jadi Paras Penting

Dari sudut teknikal, Bitcoin kini berdepan ujian penting sekitar $82,000.

Penganalisis melihat penutupan harian yang konsisten di atas paras tersebut, disokong oleh aliran masuk ETF yang berterusan, bakal menjadi pengesahan lebih kukuh bahawa Bitcoin berjaya keluar daripada fasa consolidation sejak awal Ogos.

Jika momentum berjaya dikekalkan, Bitcoin berpotensi menguji kawasan $83,000 hingga $86,000, yang dilihat sebagai zon tekanan jualan daripada pemegang jangka panjang.

Namun, sekiranya gagal mengekalkan momentum, Bitcoin masih berisiko kembali ke kawasan $70,000-an.

Paras $69,500 turut menjadi perhatian kerana ia berada berhampiran purata bergerak 200 hari dan berpotensi bertindak sebagai sokongan utama.

INTRADAY OUTLOOK

[chart pair=”btcusd” period=”D1″]

Bitcoin dijangka mengekalkan momentum positif selagi harga bertahan di atas $80,000.

$82,000 bakal menjadi rintangan utama. Penembusan kukuh di atas paras tersebut berpotensi membuka ruang ke $83,000–$86,000.

Sebaliknya, kegagalan mengekalkan $80,000 berpotensi mencetuskan pembetulan semula ke kawasan $78,000–$75,000.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved