XRP Kembali Mendaki Kepada $1.40!

Business & Finance
4 Sep 2026 • 11:40 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

XRP Kembali Mendaki Kepada $1.40!

XRP melonjak sekitar 10% dalam tempoh 24 jam kepada $1.46, disokong oleh kebangkitan Bitcoin melepasi $80,000 serta sentimen positif yang kembali menyelubungi pasaran kripto.

Ketika artikel ini ditulis, harga XRP didagangkan pada $1.4388 positif 0.08% sejak pembukaan sesi Asia pada Jumaat.

Kenaikan Bitcoin turut membantu mengangkat altcoin termasuk XRP apabila momentum pasaran semakin cenderung kepada aset berisiko.

Pada masa sama, perkembangan berkaitan konflik Iran turut membantu meningkatkan sentimen risk-on selepas laporan bahawa Presiden AS Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan perang Iran tamat.

XRP Pecah Zon Consolidation

Dari sudut teknikal, XRP berjaya keluar daripada zon consolidation sekitar $1.36 sebelum melonjak melepasi $1.42.

Pergerakan tersebut disokong oleh peningkatan tekanan belian. Data cumulative volume delta menunjukkan defisit belian mengecil daripada sekitar $4 juta kepada hanya $1 juta, memberi petunjuk bahawa aktiviti pembelian spot dan futures semakin meningkat.

Aliran dagangan berjumlah besar di Coinbase turut kelihatan ketika XRP bergerak dari sekitar $1.38 kepada $1.42.

$1.53 Jadi Ujian Seterusnya

Selepas menembusi $1.42, perhatian kini beralih kepada $1.53, iaitu kawasan 50-week EMA.

Penembusan dan penutupan mingguan di atas paras tersebut bakal menjadi isyarat lebih positif untuk XRP meneruskan kenaikan.

Sementara itu, minat institusi terhadap XRP turut semakin meningkat. XRP mencatat kenaikan 28.5% pada Ogos, manakala ETF XRP spot AS merekodkan sekitar $1.66 bilion aliran masuk terkumpul sehingga minggu lalu.

ETF XRP spot Bitwise pula telah melepasi $500 juta dari segi aset dalam tempoh sembilan bulan.

Perkembangan korporat turut menjadi perhatian apabila Evernorth, firma perbendaharaan yang memberi tumpuan kepada XRP, menerima pendaftaran SEC yang berkuat kuasa. Undian pemegang saham dijadualkan pada 30 September bagi cadangan penyenaraian di Nasdaq di bawah ticker XRPN.

INTRADAY OUTLOOK

[chart pair=”xrpusd” period=”D1″]

XRP dijangka mengekalkan momentum positif selagi harga bertahan di atas $1.42.

$1.53 bakal menjadi rintangan utama. Penembusan kukuh di atas paras tersebut berpotensi membuka ruang kepada kenaikan seterusnya.

Sebaliknya, kegagalan mengekalkan $1.42 boleh mencetuskan pengambilan untung dan membawa harga kembali menguji kawasan $1.38–$1.36.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved