Bitdeer mahu terus melabur di Malaysia, yakin dengan hala tuju Kerajaan MADANI – PM Anwar

LocalTechnology
7 Nov 2026 • 7:32 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bitdeer mahu terus melabur di Malaysia, yakin dengan hala tuju Kerajaan MADANI – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikay, Bitdeer Technologies Group (Bitdeer) menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar kerajaan dalam melaksanakan transformasi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, perkara itu disampaikan oleh Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bitdeer, Jihan Wu semasa kunjungan hormatnya bersama delegasi hari ini.

Anwar berkata, syarikat itu sedang memperhalusi cadangan pelaburan jangka panjang bagi membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) bertaraf dunia di Malaysia.

“Saya tekankan bahawa pelaburan seperti ini perlu membuka peluang pekerjaan dan menyediakan latihan untuk membina kepakaran rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang AI, kejuruteraan dan pengkomputeran termaju.

“Kerajaan akan terus memudah cara pelaburan strategik seperti ini agar pertumbuhan ekonomi digital turut memperkukuh industri tempatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman X, hari ini.

Bitdeer merupakan syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan untuk AI dan infrastruktur perlombongan Bitcoin.

Syarikat yang beribu pejabat di Singapura dan tersenarai di Nasdaq itu turut menerima status Malaysia Digital.-BERNAMA

 

The post Bitdeer mahu terus melabur di Malaysia, yakin dengan hala tuju Kerajaan MADANI – PM Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved