BKS nafi dakwaan kutip khairat kematian, minta bayaran tambahan urus jenazah

LocalPolitics
28 Jun 2026 • 8:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: BKS nafi dakwaan kutip khairat kematian, minta bayaran tambahan urus jenazah
Wan Shahir

KUALA LUMPUR – Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) membidas dakwaan kononnya pertubuhan itu mengutip wang khairat kematian serta meminta bayaran tambahan daripada waris dalam pengurusan jenazah seorang remaja perempuan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang.

Yang Dipertuanya, Wan Shahir Wan Abd Hamid berkata, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah tidak benar dan hanya bertujuan mencemarkan reputasi pertubuhan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertikaian urusan jenazah: Masjid serah JAIS keluar kenyataan

'Jangan hanya dengar sebelah pihak, dapatkan juga penjelasan daripada waris' - Datuk

Beliau berkata, BKS tidak pernah mengutip khairat kematian seperti didakwa, sebaliknya hanya mengenakan yuran keahlian tahunan.

"Yuran ini yang melayakkan ahli menikmati pelbagai manfaat kebajikan termasuk pengurusan jenazah dan bantuan menunaikan ibadah haji.

"BKS tidak pernah mengutip khairat kematian. Apa yang kami kutip hanyalah yuran tahunan keahlian dan perkataan 'khairat' langsung tidak wujud dalam perlembagaan pertubuhan kami," katanya pada sidang akhbar di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kelewatan pengebumian seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi usus bocor di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sehingga tular pada Khamis lalu.

Mengulas dakwaan kononnya waris memegang dokumen palsu, Wan Shahir menegaskan perkara itu tidak pernah berlaku dan meminta pihak yang membuat tuduhan mengemukakan bukti.

"Saya telah membuat laporan polis berhubung penyebaran video di media sosial yang mendakwa wujudnya dokumen palsu.

"Tuduhan itu berpunca daripada komen seorang individu yang kami kenali di Facebook sebelum kandungannya diubah suai sehingga memberi gambaran negatif terhadap BKS," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, BKS hanya menguruskan proses memandikan dan mengkafankan jenazah remaja terbabit tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada keluarganya.

Menurutnya, tiada sebarang kekecohan berlaku membabitkan BKS mahupun waris di tanah perkuburan seperti yang didakwa.

"Pengurusan jenazah tiba kira-kira jam 12 tengah hari dan sepatutnya proses pengebumian berjalan lancar kerana lot perkuburan di bawah kendalian Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah disediakan lebih awal," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved