Masjid Buat Laporan Polis, Jenazah Dah Masuk Liang Lahad Tapi Tak Boleh Kebumi- “Kena Bayar Caj Urus RM1,400”

26 Jun 2026 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu dakwaan mengenai urusan pengebumian jenazah tular selepas ahli keluarga arwah mendakwa proses pengkebumian tertangguh lebih sejam susulan isu berkaitan permit kubur dan perkhidmatan pengurusan jenazah.

Menurut sumber ahli keluarga arwah dan pasukan pengurusan jenazah Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS), bapa arwah yang juga ahli BKS, Kg Pandan Dalam telah meminta badan berkenaan menguruskan jenazah anaknya.

Advertisement

Difahamkan, pihak BKS telah menguruskan proses mengambil jenazah di Hospital Ampang, memandikan jenazah serta menunaikan solat jenazah.

kubur

Bagaimanapun, selepas selesai urusan tersebut, bapa arwah didakwa memohon Borang Kebenaran Pengkebumian Jenazah MPAJ daripada pihak pengurusan masjid.

Namun, pihak masjid didakwa memaklumkan caj sebanyak RM1,400 dikenakan untuk urusan jenazah.

Menurut dakwaan itu lagi, bapa arwah tetap mahu BKS meneruskan urusan jenazah kerana perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma, manakala keluarga hanya perlu membayar kos kubur sebanyak RM350.

Bagaimanapun, situasi menjadi tegang apabila pihak pengurusan masjid didakwa menyekat borang permohonan dan mengambil permit kubur daripada waris.

Keluarga kemudiannya meminta BKS membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana.

Namun setibanya di lokasi, dua anggota polis didakwa memaklumkan bahawa pengebumian tidak boleh diteruskan kerana terdapat laporan dibuat oleh pihak pengurusan masjid berkenaan.

Akibatnya, ahli keluarga arwah terpaksa menunggu lebih satu jam sebelum proses pengebumian dibenarkan diteruskan.

Menurut sumber sama, selepas pihak pengurusan Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam hadir ke tanah perkuburan, barulah pihak polis dan penyelia kubur membenarkan BKS meneruskan urusan pengkebumian jenazah.

Individu yang berkongsi dakwaan itu turut mempersoalkan sama ada waris tidak dibenarkan memilih khidmat NGO atau pihak luar untuk menguruskan jenazah, lebih-lebih lagi sekiranya ia dapat meringankan beban keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Masjid Buat Laporan Polis, Jenazah Dah Masuk Liang Lahad Tapi Tak Boleh Kebumi- “Kena Bayar Caj Urus RM1,400”2026-06-24 15:18:03

(VIDEO) Tunggu Orang Bayar Di 'Live' Baru Makanan Dilepaskan, Netizen Pertikai Konsep Infak Peniaga Ini

The post Masjid Buat Laporan Polis, Jenazah Dah Masuk Liang Lahad Tapi Tak Boleh Kebumi- “Kena Bayar Caj Urus RM1,400” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved