BlaBlaCar Kini Memasuki Malaysia – Fokus Perkhidmatan Perkongsian Kereta Jarak Jauh

2 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BlaBlaCar Kini Memasuki Malaysia – Fokus Perkhidmatan Perkongsian Kereta Jarak Jauh

BlaBlaCar kini memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan perkongsian kereta jarak jauh. Pengumuman ini dibuat melalui siaran media rasmi yang turut menjadi sebahagian daripada pengembangan besar ke 20 negara baharu. Malaysia disenaraikan bersama negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan juga Filipina dalam rantau Asia Tenggara.

Image from: BlaBlaCar Kini Memasuki Malaysia – Fokus Perkhidmatan Perkongsian Kereta Jarak Jauh

Hal ini penting kerana ia merupakan kali pertama BlaBlaCar melakukan pengembangan besar selepas 10 tahun. Langkah ini didorong oleh beberapa faktor utama iaitu peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga minyak serta keperluan mobiliti yang lebih mampu milik. Dalam konteks ini, perkhidmatan perkongsian kereta jarak jauh atau ‘carpooling’ dilihat sebagai penyelesaian kerana ia membolehkan pengguna berkongsi kos perjalanan.

Image from: BlaBlaCar Kini Memasuki Malaysia – Fokus Perkhidmatan Perkongsian Kereta Jarak Jauh

Namun, jangan salah faham kerana konsep BlaBlaCar berbeza dengan Grab. Grab lebih fokus kepada perjalanan dalam bandar, contohnya dari KLCC ke Mid Valley. Pemandu akan mengambil penumpang untuk perjalanan pendek, dan bayaran dibuat mengikut jarak dekat sama seperti teksi moden. Sebaliknya, BlaBlaCar memberi tumpuan kepada perjalanan jarak jauh antara bandar atau negeri.

Image from: BlaBlaCar Kini Memasuki Malaysia – Fokus Perkhidmatan Perkongsian Kereta Jarak Jauh

Contohnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Pemandu biasanya sudah mempunyai rancangan untuk memandu jauh, lalu mereka membuka tempat kosong dalam kereta. Penumpang boleh menempah tempat duduk dan berkongsi kos minyak serta tol. Cara ini bukan sahaja lebih murah daripada memandu sendiri, malah kadang‑kadang lebih jimat berbanding menaiki bas.

Namun perlu ditekankan bahawa untuk menggunakan BlaBlaCar, kedua‑dua pihak memang perlu ada aplikasi. Penumpang perlu memuat turun aplikasi, mendaftar akaun, mencari perjalanan, dan menempah tempat duduk. Pemandu pula menggunakan aplikasi untuk memasukkan laluan perjalanan, menetapkan masa bertolak, serta membuka tempat kosong dalam kereta.

Image from: BlaBlaCar Kini Memasuki Malaysia – Fokus Perkhidmatan Perkongsian Kereta Jarak Jauh

Semua proses berlaku sepenuhnya dalam aplikasi BlaBlaCar. Jadi, jika mahu menaiki kereta orang lain melalui BlaBlaCar, mesti ada aplikasi tersebut. Begitu juga pemandu yang ingin menawarkan tempat duduk kosong, mereka juga perlu menggunakan aplikasi BlaBlaCar. Aplikasi ini turut memudahkan urusan pembayaran bermakna pemandu dan penumpang tidak perlu menukar butiran perbankan mereka secara langsung.

Perlu juga dinyatakan bahawa BlaBlaCar mengendalikan perkhidmatan bas antara bandarnya sendiri iaitu BlaBlaCar Bus di pasaran terpilih. Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang menyebut sama ada perkhidmatan itu akan diperkenalkan di Malaysia. Ini bermakna buat masa ini, BlaBlaCar di Malaysia hanya menawarkan platform perkongsian kereta jarak jauh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved