'Black Maria' bawa OKT terbalik

28 Jan 2026 • 1:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lori 'Black Maria' yang terbalik di simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pekan Rembau pada Rabu.
image is not available
Enam daripada 10 OKT mengalami luka ringan selepas lori 'Black Maria' yang mereka terbalik di simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pekan Rembau pada Rabu.
image is not available
OKT yang cedera telah dibawa ke Hospital Rembau dengan ambulans bersama dua anggota pengiring serta eskot MPV untuk rawatan lanjut.

REMBAU - Seramai 10 orang kena tuduh (OKT) cedera selepas lori 'Black Maria' yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbalik di simpang empat lampu isyarat, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Pekan Rembau di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan yang dalam perjalanan dari Penjara Seremban menuju ke Mahkamah Rembau.

"OKT bersama lima anggota pengiring dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mahu ke Mahkamah Rembau untuk menghidupkan waran menahan.

**media[3415763]**

"Namun ketika membelok ke kanan jalan di lokasi, lori itu hilang kawalan dan terbalik yang menyebabkan empat OKT cedera, manakala enam lagi mengalami luka ringan," katanya pada Rabu.

Menurutnya, OKT yang cedera telah dibawa ke Hospital Rembau dengan ambulans bersama dua anggota pengiring serta eskot MPV untuk rawatan lanjut.

**media[3415764]**

Ujar Azmi, susulan kejadian berkenaan, Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau dan Trafik IPD Rembau hadir ke tempat kejadian untuk memberi bantuan awal