Polis sita lori pasir rempuh tiang lampu isyarat

5 Jan 2026 • 10:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lori pasir yang disita polis.

PONTIAN – Polis menyita sebuah lori pasir yang tular di media sosial selepas bahagian belakang ‘bucket’ atau timbau tidak diturunkan sehingga melanggar tiang lampu isyarat di Kilometer 44, Jalan Johor Bahru–Batu Pahat, Pekan Nanas di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussien mengesahkan insiden berkenaan selepas pemandu lori berusia 53 tahun berkenaan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang apabila lori yang dipandu lelaki tempatan itu dipercayai melalui persimpangan lampu isyarat dari arah Pontian ke Pekan Nanas tanpa disedari 'bucket' kenderaan berada dalam keadaan terangkat.

“Akibatnya, bucket lori berkenaan telah melanggar tiang lampu isyarat. Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.

Hadzrat Hussien berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah teknikal kenderaan.

"Pihak polis telah melawat lokasi kejadian, mengambil gambar serta melakar rajah kasar bagi membantu siasatan

"Rakaman percakapan pemandu dan majikan akan diambil dalam masa terdekat, manakala lori yang terlibat telah disita bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan lanjut," ujarnya.

Tambahnya, saringan awal air kencing terhadap pemandu mendapati keputusan negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved