Black Shark GT3 Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM249

TechnologyDigital
26 Mar 2024 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Black Shark GT3 telah dilancarkan sebelum ini sebagai tambahan bahru yang melengkapkan lagi barisan produk berkenaan. Ia dilihat mula disenaraikan di Malaysia dengan harga jualan RM249 seutas. Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi Black Shark di Lazada dan Shopee bermula hari ini. Black Shark juga menawarkan hadiah berupa fon telinga TWS M3 untuk 50 pembeli terawal Black Shark GT3.

image is not available

Jam tangan mempunyai bahan berbeza yang termasuk aloi zink untuk kerangka dan kulit pula pada tali. Dalam masa sama, satu tombol fizikal disediakan pada sisi kanan bagi tujuan kawalan. Skrin adalah sejenis AMOLED sebesar 1.96-inci dengan resolusi resolusi 410 X 502 piksel. Paparan juga menyokong kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 600nits.

image is not available

Pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina juga disediakan yang termasuk kebolehan memantau kadar degupan jantung. Diikuti dengan lebih daripada 100 mod sukan terbina termasuk berbasikal, larian, HIIT dan banyak lagi. Bateri disertakan boleh beroperasi hingga 10 hari dan kalis air IP68 dengan kedalaman sehingga 1.5 meter.