Broadband U Home 5G kini hadir dengan router, harga RM68/bulan

Digital
15 Mar 2024 • 11:18 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

U Mobile U Home 5G ada pelan baru untuk dilanggan. Kini anda boleh langgan U Home 5G pada harga RM68/bulan dan dapatkan router 5G dengan kontrak selama 24 bulan. Sekiranya anda berminat untuk melanggan, ia boleh dilakukan secara dalam talian ataupun di kedai fizikal U Mobile.

image is not available

Jenis dan jenama router yang akan diberikan tidak pula diperincikan. Walau bagaimanapun, semua router yang disekalikan dengan U Home 5G dilindungi jaminan selama 24 bulan dan sekiranya terdapat tuntutan kerosakan, router akan digantikan secara 1-dengan-1.

Berdasarkan laman T&C, di hujung kontrak 24 bulan, router itu akan menjadi milik pelanggan dan tidak perlu dipulangkan. Jangan dilupakan juga, FUP yang dikenakan pada pelan ini adalah 1,000GB dan boleh ditambah sebanyak 1,000GB lagi dengan bayaran RM30.

image is not available

Seperti biasa, kami sarankan anda untuk periksa cakupan 5G di kawasan anda terlebih dahulu sebelum ingin merasai potensi penuh U Home 5G. Peta cakupan bolehlah anda rujuk pada pautan ini.

Pelan baharu ini akan menyertai dua pelan sedia ada iaitu U Home 5G (SIM sahaja) dan satu lagi U Home 5G x Sooka. Dua pelan ini ada kami bincangkan panjang lebar dalam artikel terdahulu.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan