Blackout Buat Lampu Isyarat ‘Merajuk’, Jalan Sesak Di Beberapa Lokasi

21 Dec 2024 • 1:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aliran trafik di jalan raya sesak dan perlahan

Blackout Buat Lampu Isyarat ‘Merajuk’, Jalan Sesak Di Beberapa Lokasi. Kalau anda perasan perjalanan jadi luar biasa sesak hari ini, ini sebabnya! Beberapa kawasan di sekitar Kuching dan Samarahan dilaporkan mengalami gangguan lampu isyarat akibat blackout hari ini.

Tular di media sosial, lampu isyarat di Pending, Jalan Song, Bintawa dan berhampiran jambatan tol mengalami kerosakan, menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna jalan raya.

image is not available
Blackout Buat Lampu Isyarat ‘Merajuk’, Jalan Sesak Di Beberapa Lokasi. Gambar tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

Lampu Isyarat di beberaba kawasan di Kota Samarahan turut terjejas

Bukan itu sahaja, kawasan Teck Kong, lampu isyarat Salcra, di kawasan Desa Ilmu Samarahan juga dilaporkan berdepan masalah yang sama.

Ada juga beberapa komen di Facebook yang mengatakan bahawa kawasan Sibu, Bintulu dan juga Miri turut terjejas.

image is not available
Gambar tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

Insiden ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk, terutama pada waktu puncak hujung minggu ini. Situasi ini bukan sahaja menguji kesabaran pemandu, tetapi juga menambah risiko kepada keselamatan jalan raya.

Berhubung kejadian ini, Sarawak Energy Insiden berkata gangguan bekalan elektrik ini melibatkan beberapa kawasan utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri. Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang jam 3 petang, tambahnya lagi.

Oleh demikian, bagi mereka yang merancang perjalanan, elakkan kawasan yang diketahui sesak untuk mengurangkan tekanan dan melancarkan perjalanan anda. Semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar keadaan kembali seperti biasa!

Lagi perkembangan semasa di Sarawak buat anda di sini: