Penunggang motosikal maut rempuh belakang treler

LocalCars
21 Dec 2024 • 4:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penunggang motosikal maut rempuh bahagian belakang treler yang diletakkan di bahu jalan Pintasan Kuantan di sini jam 7.30 pagi pada Sabtu. Foto FB Polis Trafik Kuantan

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh bahagian belakang treler yang diletakkan di bahu jalan Pintasan Kuantan di sini jam 7.30 pagi pada Sabtu.

Mangsa, Mohamad Nasrul Aiman Mohd Nasarudin, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu treler yang berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, treler yang membawa muatan jentera dalam perjalanan dari Klang ke Kuantan.

"Mangsa dipercayai dari arah belakang melanggar bahagian sebelah kanan treler menyebabkannya terbabas," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita meminta saksi kejadian tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.