BLACKPINK Bakal Menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil Mac 2023!

Entertainment
14 Jul 2022 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK dikatakan akan membuat konsert yang kedua di Kuala Lumpur pada tahun depan. Wow betul ke ni?

Menurut The Vibes, kumpulan yang terdiri daripada empat ahli iaitu Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose bakal menggegarkan Malaysia pada 4 Mac 2023 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tahun ni buat ‘comeback’, tahun depan buat konsert!

Sebelum ini, pengurus syarikat kepada BLACKPINK, YG Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat ‘comeback’ iaitu akan mengeluarkan album terbaru. Rakaman video muzik juga akan bermula pada Julai ini dan pengumuman jualan tiket pada hujung tahun ini.

Untuk pengetahuan korang, BLACKPINK pernah mengadakan konsert sulungnya di Stadium Melawati, Shah Alam pada tahun 2019 dengan menampilkan kesemua lagunya selama dua hari berturut-turut.

image is not available

Beberapa artis akan beraksi juga di Kuala Lumpur pada tahun ini dan awal tahun depan. Ia termasuk artis yang telah mengumumkan penampilannya seperti Billie Eilish, Justin Bieber, Lany dan Jay Chou.

Min dah excited ni nak beli tiket? Korang pula macam mana?

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.