BlackShark Ring 2 Dilancarkan Dan Kini Lebih Ringan

TechnologyDigital
10 Mar 2025 • 10:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BlackShark Ring 2 telah dilancarkan sebagai pencabar baharu buat Samsung Galaxy Ring. Ia masih mengekalkan rekaan yang sama tetapi kini lebih ringan sebanyak 4g berbanding generasi sebelumnya. Perubahan berat ini masih dianggap menarik dan menjadikan ia lebih mesra pengguna meskipun tidaklah seringan Galaxy Ring yang mempunyai berat diantara 2.3g hingga 3g bergantung pada saiz cincin.

image is not available

Cincin ini turut disediakan dalam enam saiz berbeza iaitu diantara 7 hingga 12, di samping pilihan warna hitam, perak, kelabu dan emas. Seperti cincin pintar lain, ia dilengkapi dengan sensor terbina yang boleh menganalisis data. Selain itu, cincin ini juga mampu menjejaki kesihatan seperti kadar degupan jantung, paras oksigen dalam darah, jumlah kalori dan pola tidur. Pada masa yang sama terdapat pengecaman gerak isyarat yang dikatakan mampu mengawal main balik video hanya dengan gerakan jari.

image is not available

Bateri yang disediakan boleh berfungsi sehingga 10 hari dan meningkat sehingga 90 hari apabila digunakan dengan bekas pengecas. BlackShark Ring 2 disenaraikan di JD.COM pada harga RMB749 (~RM456) satu.