“BLINK, Sudahkah Anda Bersedia?”, BLACKPINK Bakal Gegar Kuala Lumpur, Konsert 4 Mac 2023 Ini

Music
28 Oct 2022 • 7:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“BLINK, Sudahkah Anda Bersedia?”, BLACKPINK Bakal Gegar Kuala Lumpur, Konsert 4 Mac 2023 Ini

Kumpulan K-Pop paling popular, BLACKPINK dijadualkan akan mengadakan konsert di Malaysia pada 4 Mac 2023 ini, sekaligus menamatkan teka-teki peminat tempatan berhubung tarikh persembahan kumpulan tersebut di negara ini.

Menerusi tweet oleh syarikat pengurusan, YG Entertaiment, konsert berkenaan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malaysia merupakan salah satu destinasi konsert BLACKPINK bertemakan Born Pink World Tour iaitu destinasi kelima selepas Thailand, Hong Kong, Arab Saudi dan UAE.

image is not available
Kredit: YG ENTERTAINMENT/Twitter

Difahamkan, tiket konsert mereka bakal dijual secara atas talian bermula 15 November ini bagi peminat yang berdaftar sebagai ahli, manakala untuk orang ramai dibuka untuk jualan bermula 17 November.

Dibarisi Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo, BLACKPINK mencipta fenomena di seluruh dunia dan diikuti jutaan peminatnya yang digelar sebagai BLINK. Antara lagu-lagu rancak yang popular dinyanyikan oleh mereka adalah seperti Kill This Love, How You Like That dan DDU-DU DDU-DU serta hits terbaru, Pink Venom dan Shut Down yang dilancarkan tahun ini.

 

image is not available
Kredit: Go Live Asia

Kehadiran kumpulan berkenaan pasti dinanti-nanti oleh seluruh peminatnya di Malaysia. Jadi Malaysia Blink, adakah anda sudah bersedia melihat kemunculan Blackpink pada Mac 2023?