
Penyanyi, Nourul Depp memohon orang ramai supaya tidak menilai atau menjatuhkan hukuman terhadap seseorang hanya kerana isu-isu tertentu.
Sokongan terhadap Palestin Nourul menerusi hantaran Instagram miliknya berkata setiap manusia mempunyai cara tersendiri untuk membantu dan menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
“Saya berkongsi tentang Rafah kerana saya manusia. Saya tidak aktif sebagai selebriti atau penyanyi. Tetapi sebagai manusia saya mempunyai hak untuk menunjukkan sokongan saya walaupun saya tidak menyiarkannya setiap hari.
“Tetapi saya lakukan kerana saya manusia. Tolong jangan menilai sesiapa yang post tentang Palestin atau tidak. Semua orang ada rasa kemanusiaan.
Cuma ada yang tunjuk ada yang tidak. Jangan komen pada posting saya untuk mengancam saya tentang Blackout.
“Memang bagus ramai yang menunjukkan sokongan, kasih sayang dan doa mereka kepada umat Islam di Palestin.
“Kita semua bersedih. Rasa tak tercapai nak bantu. Semua orang pun begitu, tetapi jangan menjadikan sesetengah orang sebagai tempat melepaskan kemarahan anda.
“Kita nak semua post dan tunjukkan sokongan kan, itu yang kita mahukan betul tak? Sebarkan kecintaan bukan kebencian,” tulisnya.



